REVIEW: 'FANTASTIK' OLEH HASRUL RIZWAN

BukuFixi on Twitter: "Memperkenalkan 6 judul Fixi terbaru untuk ...

Oleh Farhira Farudin

Fantastik merupakan novel Hasrul Rizwan yang ke empat beliau selepas trilogi Murtad. Setelah sekian lama tidak membaca karya beliau, Fantastik terasa seperti permulaan yang segar buat saya.

Fantastik mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Ali yang sering ditimpa malang dalam kehidupan sehariannya. Jalan cerita novel ini mengambil masa dalam beberapa hari sahaja, namun penceritaan Hasrul Rizwan yang teliti namun bersahaja membuatkan semua babak terjadi pada tempoh yang lama.

Saya sukakan karya ini. Baru sahaja baca beberapa muka surat, saya sudah ketawa tak ingat dunia. Kehidupan Ali yang sering ditimpa malang kadang kadang terasa seperti kartun. Begitu banyak adegan yang mencuit hati dan membuatkan pembaca geleng kepala dengan kerenah Ali.

Namun saya akui, saya tidak berapa gemar dengan peleraian cerita ini. Rasa seperti terburu-buru untuk dihabiskan. Bagi saya, 'act one' dalam novel ini, di mana pembaca baru mula mengenali Ali, adalah jauh lebih baik ditulis daripada 'act three'. Semuanya terasa seperti kelam kabut. Saya juga terasa seperti membaca dengan laju dan tidak dapat nikmati setiap babak dengan baik.

Peleraian cerita yang terburu-buru tidak bermaksud saya tidak menyukai karya ini. Secara keseluruhan, saya masih merasa ini merupakan karya yang baik. Bukanlah karya sastera yang disanjungi, hanya lah sebuah novel santai yang boleh dibaca jika anda ingin sesuatu yang ringan dan ketawa. A form of escapism, lebih kurang begitu. 




Comments

Popular Posts