PEMVAKSINAN KANAK-KANAK WAJIB DI MALAYSIA

Sumber: FMT
oleh Farah Hazwani 


Di Filipina, pada tahun 2018 mencatatkan lebih kurang 3,646 kes campak dilaporkan berbanding 351 kes pada 2017. Ini adalah statistik penularan virus campak di ibu kota Manila dipercayai akibat penolakan ibu bapa memberi suntikan vaksin kepada anak masing-masing.


Sudah semestinya kita yang berada di Malaysia, tidak mahu perkara yang memudaratkan seperti ini menggangu proses pembesaran kanak-kanak di negara ini. 

 Sejak kebelakangan ini, golongan anti-vaksin makin kuat. Malah, mereka juga sudah melampau sampaikan kanak-kanak hendak masuk ke sekolah pun mereka masih menolak vaksin. Jika kanak-kanak ini tidak mendapat vaksin, ini boleh menyebabkan mereka mudah terkena wabak measles ini. Mungkin ada sesetengah masyarakat yang menggangap penyakit ini mudah dirawat, ibu bapa tidak perlu menunggu komplikasi terjadi untuk mendapatkan rawatan kerana ia mungkin terlambat.


Vaksin adalah antara penemuan yang paling penting dalam bidang perubatan oleh kerana membawa manfaat yang sangat besar. Dengan adanya vaksin, banyak penyakit dan wabak hampir hilang di semua penjuru dunia seperti polio. 
Sumber: Zme Science 
 
Masyarakat perlu sedar akan kepentingan vaksin ini kepada anak-anak. Oleh itu, kementerian menyarankan ibu bapa mendapatkan suntikan imunisasi untuk anak-anak semasa masih bayi kerana ini dapat mengelakkan bayi tersebut terdedah kepada penyakit-penyakit berbahaya yang boleh membawa kepada maut. 


Menutut Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kerajaan komited meneruskan Program Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan, kementerian itu memperuntukkan hampir RM150 juta setahun untuk Program Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan yang memanfaatkan seramai hampir 500,000 bayi yang dilahirkan setiap tahun sehingga ke murid sekolah berumur 15 tahun.

Sumber: freemalaysiatoday

Vaksin yang diberi boleh memberi perlindungan terhadap 12 jenis jangkitan, termasuk Tuberkulosis (TB), Hepatitis B, difteria, tetanus (kancing gigi), batuk kokol, polio, campak, beguk dan rubella. Bagi murid perempuan berumur 13 tahun, vaksin Human Papilloma Virus (HPV) diberi manakala di Sarawak pula, vaksin Japanese Encephalitis turut diberi.


Selain itu, sebahagian daripada doktor yang dikenali sebagai Medical Mythbusters Malaysia (M3) berusaha keras untuk membuktikan kandungan bahan di dalam vaksin itu adalah halal dan tidak beracun. Menurut tulisan jurucakap Persatuan Perubatan Islam di United Kingdom, Dr A Majid Katme merupakan individu anti-vaksin menyatakan bahawa vaksin mengandungi, antara lain logam berat, nanah daripada binatang berpenyakit, najis, formaldehid dan karsinogen dan gelatin.

Sumber: The Leaders Online
 
“Walaupun pun tidak ada yang 100% selamat, baik paracetamol atau makanan biasa, profil keselamatan setiap vaksin telah dikaji secara mendalam, faktor lebih penting tentang bahan yang terkandung dalam mana-mana produk, ialah dos yang digunakan.


“Dos akan menjadikan sama ada ia beracun atau sebaliknya,” kata Dr Mohd Syamirulah Rahim, seorang daripada 20 doktor dalam kumpulan M3.


Menerusi kajian mereka ini membuktikan kandungan vaksin adalah tidak merbahaya kepada bayi, jadi ibu bapa tidak perlu takut akan kesan negatif terhadap anak-anak. Kata-kata daripada gerakan anti-vaksin itu adalah sama sekali tidak benar kerana terdapat terlalu banyak data yang merekodkan kematian bayi yang tinggi selama berdekad-dekad akibat penyakit yang boleh dicegah dengan penggunaan vaksin, seperti penyakit cacar.

Sumber: Al Jazeera
 Dengan itu, besarlah harapan agar ibu bapa membuka minda dan mata tentang kepentingan suntikan imunisasi ini terhadap anak-anak agar mereka tidak dijangkiti penyakit-penyakit yang berbahaya agar mereka dapat terus membesar dengan sihat dan menjadi seorang anak yang berbakti juga kepada masyarakat suatu hari nanti.

Rujukan:
·        Februari 7, 2019. Freemalaysiatoday. Gara-gara tolak vaksin, virus campak menular di Manila. Diambil daripada https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/02/07/gara-gara-tolak-vaksin-virus-campak-menular-di-manila/


·         Mei 10, 2018. Freemalaysiatoday. Vaksin mencegah 11 jenis penyakit merbahaya. Diambil daripada https://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2018/05/10/vaksin-mencegah-11-jenis-penyakit-merbahaya/


·         28 April 2019. Sinar harian. KKM bentang cadangan wajib suntikan vaksin 8 Mei ini. Diambil daripada https://www.sinarharian.com.my/article/25714/BERITA/Nasional/KKM-bentang-cadangan-wajib-suntikan-vaksin-8-Mei-ini


·         Robin Augustin. Jan 24, 2019. M3, kumpulan doktor, jawab hujah kumpulan anti-vaksin. Diambil daripada https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/01/24/m3-kumpulan-doktor-jawab-hujah-kumpulan-anti-vaksin/

Comments

Popular Posts