KUMPULAN K-POP YANG PERNAH POPULAR SUATU KETIKA DAHULU

Sumber :Siakap keli
oleh Farah Hazwani


ANNYEONG-HASEYO! Ramai diantara kita saya percaya masih menyukai lagu-lagu lama oleh kumpulan Kpop yang terdahulu seperti SUJU, SNSD dan ramai lagi. Tapi bukan bermaksud artis mereka zaman sekarang tak best, tetapi lagu-lagu ketika itu membuatkan kita get into it so much

SUPER-JUNIOR (SUJU)
Sumber: Pinterest
Meraka adalah salah satu kumpulan artis lelaki yang sangat popular pada sekitar tahun 2013. Lagu mereka yang bertajuk Sorry-Sorry telah berjaya menembusi telinga para gadis-gadis terutamanya di Malaysia. Super-Junior terdiri daripada 13 orang terdiri daripada Lee Teuk, Lee Donghae,  Choi Siwon, Shindong, EunHyuk, Yesung, Kim Hee- Chul dan ramai lagi. Tetapi selepas beberapa tahun kemudian ahli beberapa ahli mereka seperti Kim Kibum dan Han Geng mula keluar daripada kumpulan itu. Antara lagu hits meraka yang digilai ramai iaitu, Mr.Simple, Bonamana, MAMACITA, Sexy, Free and Single dan SUPERMAN. 

Girls’ Generation 
Sumber: Wallpaperflare
Girls’ Generation ataupun SNSD ini adalah kumpulan wanita popular setaraf dengan Super-Junior. 9 orang wanita yang tinggi lampai, putih melepak dan cantik ini adalah dibawah naungan syarikat SM Entertainment. Antara album –album yang hits pada suatu ketika dahulu adalah Oh!, The Boys, Mr.Taxi, Lion Heart dan banyak lagi. Mereka popular dengan lagu Gee. Mereka juga masih aktif namun begitu salah seorang diantara mereka Jessica telah keluar daripada kumpulan itu pada tahun 2014.  

SHINEE
Sumber: Soompi
Mereka adalah 5 jejaka yang mempunyai susuk tubuh yang macho, comel dan cantik ini telah berjaya membuat para gadis-gadis cukup menggilai mereka. Choi Minho, Jonghyun, Onew, Lee TaeMin dan Key. Dalam industry muzik mereka, kumpulan SHINEE telah mendapat gelaran “Princes of K-pop” kerana lagu-lagu mereka seperti Rin Ding Dong, Lucifer, Sherlock, Why so serious? telah menduduki tempat pertama di dalam carta. Namun begitu, anggota SHINEE sekarang hanya berbaki 4 orang apabila Jonghyun iaitu vokalis utama mereka telah pun meninggal dunia denga membunuh diri pada tahun 2017. 

F(x)
Sumber:Allkpop
Kumpulan wanita ini aktif bermula pada tahun 2009 sehingga 2016. 5 orang wanita yang cukup bertenaga menari diatas pentas ini membawakan genre lagu berbentuk electropop. Mereka terdiri daripada Amber, Sulli, Vitoria and Krsytal. Terkenal dengan lagu Nu-ABO dan Electroshock. Salah seorang daripada anggota mereka Sulli telah pun meninggal dunia.  


Comments

Popular Posts