Kini tiba giliran Woo-Do Hwan jalani kursus ketenteraan.
![]() |
Sumber: KDramastars |
oleh Farah hazwani
KOREA SELATAN: Aktor terkenal itu
akan menjalani latihan kursus ketenteraan dan akan didaftarkan ke pusat latihan
Hwacheon dekat persisiran Gangwon.
Beliau telah mengumumkan kemasukkan
beliau di dalam satu surat bertarikh 24 Jun kepada peminat dan pengikutnya di
laman sosial.
Beliau bukan sahaja mendapat ucapan
perpisahan daripada peminat tetapi beliau turut diraikan oleh beberapa rakan
artis seperti Lee Min Ho, Jang Ki Yong dan Kim Kyung Nam.
Dapat dilihat aktor popular Lee Min
Ho juga memuat naik gambar bersama Woo Do Hwan di akaun Instagram beliau
meraikan perpisahan tersebut. Mereka kelihatan gembira dan aktor Woo Do Hwan juga
telah pun membotakkan rambut untuk kemasukkannya nanti.
![]() |
Sumber: Koreaboo |
Oleh itu, beliau turut meluahkan
rasa berterima kasih kepada peminat yang turut berasa sedih atas kemasukkan
beliau ke kursus ketenteraan wajib negara itu.
Sebelum ini, aktor Woo Do Hwan
popular di dalam drama siri The King: External Monarch yang memegang watak
Jo-Yeong atau pun “pedang yang tidak dapat dipatahkan”. Melalui drama siri ini
beliau telah pun mendapat perhatin peminat drama siri Korea dengan ketampanan
dan kematangan yang ditunjukkan dalam karaktor tersebut.
Comments
Post a Comment