Kemelut Pemanasan Global Di Malaysia
Oleh Farhira Farudin
Isu pemanasan global merupakan suatu perkara yang tidak asing
didengari oleh rakyat Malaysia. Namun, inisiatif yang diambil oleh kita
menampakan kesedaran yang wujud dalam diri masih lagi tipis, lantas merujus
kepada kemelut pemanasan global di Malaysia untuk menjadi kian meruncing.
Pemanasan global secara umumnya merupakan fenomena di mana
kestabilan suhu Bumi menjadi tidak stabil. Sejak beberapa dekad yang lepas
sehingga tahun 2007, suhu purata gloval telah meningkat sebanya 0.75°C.
Walaupun angka nya dianggap kecil, ia dapat membawa kerosakan serius kepada
alam dan manusia sejagat.
Pada 15 Mac, sekumpulan aktivis dari Universiti Sains Malaysia
(USM) telah mengadakan perhimpunan di Pulau Pinang dengan objektif untuk
mempertahankan hak keadilan iklim global, dan menyeru agar korporat yang besar
dan berpengaruh dapat membantu para aktivis bukannya berseteru dengan pihak
berkuasa dalam menangani isu perubahan iklim di dunia.
Inisiatif yang diambil oleh para aktivis untuk mengadakan
perhimpunan menunjukkan keprihatinan sesetengah rakyat Malaysia untuk lebih
cenderung ke arah menyelesaikan isu perubahan iklim. Malah, di sosial media
juga terdapat beberapa aktivis muda yang aktif dalam mendidik para netizen
tentang masalah isu perubahan iklim yang merupakan tanggungjawab kita semua.
Kemusnahan yang dibawa oleh isu perubahan iklim yang dasyat
merupakan sesuatu yang patut dirisaukan oleh setiap umat manusia. Pada 2018,
para saintis seluruh dunia memberi amaran bahawa umat manusia hanya mempunyai
kurang daripada 12 tahun untuk menyelamatkan bumi. 12 tahun merupakan suatu
tempoh masa yang singkat untuk mengekalkan kenaikan suhu bumi pada tahap
maksimum iaitu 1.5°C. Jika tindakan yang serius tidak diambil dengan segera,
dunia akan mengalami kerosakan pada tahap eksterem, seperti keruncingan masalah
banjir kilat, kemarau, kepanasan yang melampau serta faktor kemiskinan yang dapat
menguggat rata-rata penduduk Bumi.
Hal ini membawa kita kepada soalan mengapakah perubahan iklim
terjadi dan apa yang boleh dilakukan untuk membendung kemelut yang kian
meruncing ini?
Jawapan kepada soalan-soalan tersebut tampak mudah jika ia
diperlakukan atas budi bicara sahaja. Namun, insiatif yang diambil oleh kita
masih menampakkan betapa ceteknya kesedaran rakyat Malaysia tentang isu
perubahan iklim ini. Secara asasnya, perubahan iklim terjadi oleh disebabkan
faktor luaran dan dalaman yang dapat meningkatkan suhu bumi secara
perlahan-lahan. Perubahan iklim terjadi oleh sebab aktiviti manusia yang secara
konsisten dapat menjurus kepada perubahan atmosfera global. Suatu fenomena yang
dikenali sebagai ‘Kesan Rumah Hijau’ merupakan fenomena yang tercetus
disebabkan oleh faktor semulajadi dan kegiatan manusia yang menyumbang kepada
penambahan karbon dioksida dalam udara. Tanpa gas-gas dari kesan rumah hijau termasuk
karbon dioksida, metana, nitrus oksida, dan wap air, bumi akan terlalu sejuk
untuk didiami.
Jadi apakah usaha yang diambil oleh pemimpin dunia untuk mengatasi isu
ini? Apabila ditanya jika isu pemanasan global dapat memberi impak negatif
kepada pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat, Presiden Donald Trump hanya
menjawab, “Saya tidak percaya akan isu tersebut.” Keraguan pemimpin AS sendiri
merupakan sesuatu yang aneh, walhal laporan para saintis menunjukkan bahawa isu
perubahan iklim menjejaskan kesihatan rakyat AS serta merugikan negara mereka
berbilion AS dollar setiap tahun. Malah, kemelut perubahan iklim hanya akan
menjadi semakin teruk setelah pentadbiran Trump meneruskan agenda pro-bahan
bakar.
Dari sudut yang lebih positif pula, sebanyak 195 negara telah
mentandatangani perjanjian yang dinamakan sebagai Paris Agreement pada hujung
tahun 2015 dan Malaysia antara salah satu negara yang terlibat. Kesemua negara
yang terlibat dalam perjanjian ini telah berikrar untuk mengambil
langkah-langkah drastik untuk mengurangkan pembebasan karbon ke atmosfera bumi.
Negara kita pula telah berikrar untuk mengurangkan intensiti pengeluaran karbon
per kapita sebanyak 45% pada 2030 berbanding dengan kadar pengeluaran pada
2005.
Walaupun usaha untuk menyelamatkan bumi tampak perlahan dan sukar,
kita haruslah bersama sama sebagai umat manusia sejagat untuk tekad
menyelamatkan bumi dan menanam kesedaran dalam diri masing-masing tentang
ancaman yang bakal dihadapi oleh semua jika langkah-langkah drastik tidak
diambil peduli dalam masa terdekat.
Comments
Post a Comment