“Jangan beli bunga sesuka hati” – ketahui maksud disebalik jenis-jenis bunga dan bilangannya.
![]() |
Sumber: Wishes |
oleh Farah Hazwani
Bunga adalah suatu
objek yang sangat digemari oleh para wanita. Oleh itu, bunga juga selalu
dijadikan hadiah atau buah tangan seperti di majlis konvokesyen, melawat orang
sakit ataupun diberikan kepada yang tersayang.
Topik ini paling
penting terutamanya untuk sang jejaka jika anda berhasrat memberikan bunga
kepada buah hati anda. Maksud disebalik bunga dan bilanganya sangat penting
untuk menunjukkan perasaan tersurat atau tersirat kepada beliau. Jika anda
tidak peduli mengenainya, silap-silap bakal ibu kepada anak-anakmu ini akan
lari meninggalkanmu!
1. Calla Lily
![]() |
Sumber: Topweddingsites |
Ianya
bermaksud “Kecantikkan Luar Biasa”.
Jika seseorang menghadiahkan bunga ini, beliau ingin menyatakan bahawa anda
adalah seorang wanita yang cantik. Pada zaman sekarang, bunga ini sering
digunakan sewaktu perkahwinan ataupun pernikahan. Bunga yang bersaiz besar dan
panjang ini sangat membantu untuk menaikkan lagi seri Raja Sehari.
2. Carnation
![]() |
Sumber: Pinterest |
Bukan brand susu sejat! Ini bunga yang selalu
digunakan ketika “Mother’s Day” kerana ianya adalah lambang ketabahan cinta
seorang wanita. Jadi, ianya amatlah sesuai diberikan kepada sang ibu yang
sangat tabah menempuh pahit getir ketika melahirkan kita di dunia ini.
3. Peony
![]() |
Sumber: Pinterest |
4. Sunflower
![]() |
Sumber: Pinterest |
Bunga yang famous
juga dan selalu kita nampak. Jadi, bunga ini sesuai untuk diletakkan sebagai
hiasan untuk events yang ceria.
Selain itu, sesuai dengan rupa parasnya, “Kesetiaan
dan Semangat Terus Mencintai” adalah maksud disebalik bunga cantik ini. Kalau
boyfriend bagi, korang jangan pulak tolak.
5. Rose
![]() | |
Sumber: weeklymoda |
Bunga
yang sangat digilai oleh majority
wanita. Ianya bermaksud “Kecantikkan dan
Kecintaan” terhadap kamu. Bunga Rose ini ada maksud disebalik jumlah
bilangannya.
1
batang Rose = “Saya suka awak”
3
kuntum Rose = “I LOVE YOU”
6
kuntum rose = “Ingin memilikmu sepenuhnya”
13
kuntum rose = “friendship forever” jkjkjkjk
Jadi
janganlah pula korang perasan jika ada lelaki memberikan hadiah 13 kuntum bunga
Rose. Make sure korang kira dulu
bunga tu sebelum terima.
Selain
daripada bunga Rose, bunga Tulip juga adalah bunga yang perfect untuk menyatakan perasaan cinta. Maksud nya ialah “Cinta yang sempurna”.
Comments
Post a Comment