HIDDEN GEM: UNCLE RON CAFÉ SELAYANG

Sumber: Facebook
oleh Farah Hazwani


Bagi penduduk Selayang pastinya tidak asing lagi dengan café ini. Justeru, bagi peminat makanan western jika anda berada di sekitar Selayang anda harus mencuba makanan di sini. Kenapa ianya disebut sebagai hidden gem? Jawapannya kerana café ini asalnya adalah rumah, so daripada luaran rumah ini tak nampak macam café.

Café ini sentiasa penuh dengan para pelanggan yang tidak putus-putus memasuki kedai ini khususnya untuk menikmati makan malam. Café yang berkonsepkan rumah ini menyediakan para pelanggan dengan masakan panas dan juga western. Ketika anda menikmati makanan-makanan yang lazat disini anda akan dihiburkan dengan melodi rancak pop yeh yeh yang membangkitkan suasana romantik dengan cahaya-cahaya lampu yang bersesuaian mengikut tema. 

Sumber: Facebook
Café ini terletak di Jalan Besar Selayang Baru betul-betul di tepi jalan raya dan berhampiran dengan Pasar Selayang Baru. Waktu perniagaan pula adalah bermula daripada 6.30 petang sehingga jam 12.00 tengah malam.

Pengalaman saya menikmati makanan disini, pada awal saya memasuki kawasan café dan seperti biasa norma baru di mana-mana sahaja iaitu pengambilan suhu badan dan juga sign –in My Sejahtera. Selepas itu, saya dibawa ke tempat duduk dan diberikan menu. Saya dilayan oleh pelayan yang berumur mungkin dalam lingkungan 50/60an. Seorang pakcik (saya rasa tu la Uncle Ron) yang sangat ramah dan sempat bergurau melayan karenah saya ketika mengambil order.

Menu @ Uncle Ron Cafe

Tidak lama menunggu, makanan kami pun sampai. Saya memesan Lamb chop with Mushroom sauce dan rakan saya memesan Chicken chop with Blackpaper sauce. Portion makanan di sini besar-besar. Anda akan berpuas hati dengan setiap pesanan anda.  Ketika kami sedang makan, cahaya-cahaya lampu yang cantik telah memecah kegelapan di dalam café dan suasana pun bertukar romantik. Di sambil itu juga, pakcik itu telah pun memasang lagu-lagu lama sebaya mungkin dengan umur beliau. 

Seterusnya, tumpuan saya teralih dengan keenakkan rasa masakan western tadi. Lamb Chop yang saya pesan sangat menepati citarasa saya dan kambing nya juga tidak hamis. Dengan 2 keping daging kambing yang tebal dibanjri dengan sauce Mushroom yang pekat membuatkan saya tidak tahu apa yang terjadi disekeliling saya.

Chicken chop with Blackpaper sauce

Lamb chop with Mushroom sauce
Chicken chop with Blackpaper sauce pula, bagi saya amat unik kerana gravy tersebut mempunyai sedikit rasa kari yang memberi rasa kick apabila dipadankan bersama ayam tersebut. Saiz ayam nya juga sangat besar. 

Oleh itu, saya sangat recommend anda semua untuk turut singgah di café ini dan menikmati makanan disini. Anda jangan risau harga makanan di sini amatlah berpatutan dengan saiz nya. Tetapi harus diingatkan, anda kena datang awal supaya tidak perlu menunggu giliran. Ianya dibuka setiap hari Rabu, Khamis, Sabtu dan Ahad. Korang apa tunggu lagi jom serbu Uncle Ron Café Selayang dan kongsikan pengalaman anda.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook


Comments

Popular Posts