DARI TIN KOSONG SEHINGGA DISEGANI

oleh Farah Hazwani


“Saya pernah digelar pengecut dan tin kosong”, antara cacian yang diterima langsung tidak mematahkan semangat seorang anak lelaki yang berasal dari Ipoh, Perak ini memenangi Anugerah Tokoh Siswa 2018 Universiti Selangor. Seorang anak lelaki sulung daripada 2 orang adik-beradik yang sentiasa memetingkan restu daripada seorang ibu ini sangat aktif dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. 

Tidak dapat digambarkan perasaan seorang wanita yang bergelar ibu apabila melihat anak yang ditatang bagai minyak yang penuh semasa masih bayi sehingga dewasa menjadi seorang tokoh murid di peringtkat universiti. Puan Paramaswari A/P Raman yang berkerja sebagai tukang cuci di sebuah syarikat sektor swasta tidak pernah patah semangat, memerah kudrat untuk memberikan kesempurnaan hidup kepada anak-anaknya walaupun mempunyai masalah kesihatan.

Empunya diri, dikenali sebagai Khartikesan A/L Vijaykumar, seorang pelajar tahun akhir jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains, Matematik dan Statistik yang datang dari sebuah keluarga yang sederhana, kedua ibu bapa bercerai pada usia beliau masih berumur 6 tahun. Walaupun begitu, beliau tidak menyalahkan ibu bapa mahupun takdir sebaliknya mencipta sebuah kehidupan yang berjaya di universiti.


Apabila ditanyakan mengenai idola beliau, beliau mengukir senyuman sambil ketawa mneyatakan bahawa beliau mempunyai 3 orang idola dalam hidup beliau. Salah seoran yang mejadi ‘role model’ terhadap diri beliau adalah saudara Norazli Nordin yang merupakan bekas pelajar Universiti Selangor (UNISEL) yang mendapat Anugerah Canselor pada tahun 2017. “Abang Adi (sapaan manja) banyak mengajar saya dalam bidang akademik, pemikiran kritis dan cara untuk yakin di khalayak ramai, yang menjadikan diri saya yang sekarang”.

Seterusnya, selain menjadikan kenalan univeristi sebagai idola, beliau juga turut berkongsi antara resepi kejayaan atau prisip hidup yang dimalkan, disebut dalam Bahasa Inggeris “work in silence, your success make a noise”. Kata azimat ini disemat didalam hati apabila pertama kali bertemu di dalam sebuah buku motivasi yang memberikan situasi dan cara penyelesaiannya yang dihadiahkan kepada beliau. Sebelum ini, beliau tidak gemar untuk menjadikan hobi membaca sebagai aktiviti masa lapang, tetapi apabila mengidolakan orang-orang yang hebat yang sentiasa ditemani buku di tangan menjadikan membaca adalah salah satu hobi yang dilakukan semasa ada waktu lapang.  

Setelah bertanyakan beberapa soalan yang memberikan inspirasi kepada saya, saya tertarik apabila memandang ‘lanyard’ yang ditepinya terselit tanda nama Majlis Perwakilan Pelajar dipakai oleh beliau. Dengan berani saya bertanyakan mengenai antara pencapaian yang beliau lakukan ketika memegang jawatan sebagai Yang-Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar 2018. “Selain daripada memegang jawatan sebagai YDP MPP 2018, saya juga merupakan Presiden Siswa Siswi Pertahanan Awam Unisel (SISPA UNISEL) dan Presiden Kelab Motivator katanya. Antara sumbangan yang diberikan kepada para pelajar adalah dengan menyediakan 4 buah Bas Percuma ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menjelang Hari Raya AidilFitri dan juga membuat satu sistem E-Bas untuk pelajar. Seterusnya, beliau mendengar keluhan para pelajar non-muslim terutamanya pelajar India mengenai makanan yang disediakan di kafe. Dengan itu, beliau bersama ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang lain menyediakan kertas kerja untuk mewujudkan sebuah gerai untuk pelajar non-muslim yang kebanyakkannya mengamalkan ‘vegetarian food’ di kafe.


Melalui pelbagai kejayaan dan kemudahan yang sudah diberikan kepada para pelajar, namun seorang manusia tidak akan berjaya tanpa pernah melalui kegagalan atau menghadapi pelbagai kutukan, kecaman dan kritikkan daripada orang lain. Bukan mudah untuk beliau sendiri menjadi orang tengah antara mahasiswa Unisel dan pihak pengurusan tertinggi Unisel. Justeru itu, tempat untuk beliau melegakan segala amarah dan susah hati, beliau sentiasa akan kembali ke pangkuan si ibu meluangkan masa bersama keluarga membuatkan si panas baran ini reda buat seketika. Beliau memberitahu kepada saya bahawa setiap kegagalan yang beliau hadapi akan diambil sebagai pengalaman hidup dan memperbaiki kesilapan agar tidak berulang lagi. 

Akhir sekali harapan beliau untuk pelapis yang akan menggantikan beliau untuk menerajui taktha Majlis Perwakilan Pelajar 2019 agar mereka dapat membina hubungan sebagai keluarga supaya mudah untuk menyelesaikan masalah dan juga menjadi pemimpin yang tidak mudah melatah dengan apa satu-satu masalah. Di kesempatan itu juga beliau mengharapkan Universiti Selangor akan terus maju dan menjadi universiti yang disegani oleh orang luar.


Comments

Popular Posts