CEMILAN atau KUDAP-KUDAPAN DARI INDONESIA YANG KITA TIDAK TAHU.
Sumber: Mantra Sukabumi |
Sumber: Mau Belajar Apa |
Pempek adalah sejenis kek ikan yang
mempunyai savoury taste dan diperbuat
daripada isi ikan dan tepung ubi. Ianya boleh didapati dalam pelbagai jenis
bermula dari Pempek kapal selam, pempek kulit, adaan, lenjer, pempek keriting
dan banyak lagi. Pempek dimakan waktu panas dan dicicah dalam kuah cuka atau
cuko yang ditaburi dengan hirisan timun. Cemilan ini adalah sangat popular di
daerah Palembang.
Kerupuk kulit
Sumber: Berbagi tak pernah rugi |
Makanan ini adalah sejenis keropok
yang dibuat daripada kulit lembu. Ianya selalu dimakan bersama nasi atau satay.
Pada zaman sekarang, untuk menarik peminat pembeli disekitar Indonesia ianya
datang dengan bermacam perasan iaitu perisa rumpai laut, original, keju dan
juga pedas.
Sumber: YouTube |
Berdasarkan page Cara Membuat, Gabin fla ialah sejenis kuih basah yang
mempunyai rasa manis. Meskipun ianya adalah sejenis cemilan favourite sesetengah masyarakat di sana,
namun ianya sukar untuk dijumpai. Selalunya meraka hanya buat sendiri di rumah.
Yang unik tentang cemilan ini kerana ianya adalah biskut yang diapit dengan
inti gabin kemudian digoreng.
Lidi
Sumber: Shopee |
Cemilan ini adalah sejenis makanan
instant yang diperbuat daripada mee kemudian diperisakan dengan perisa pedas,
rumpai laut, keju dan macam-macam lagi. Ianya berbentuk seperti seikat spaghetti
dan sangat popular dikalangan remaja.
Murtabak 1 kilo cili
Sumber :YouTube |
Masyarakat Indonesia sangat
menggemari makanan pedas, boleh dikatakan hampir semua makanan di sana harus
ada rasa pedas. Jadi untuk cemilan ini adalah murtabak yang dibuat daripada
tepung nipis seperti roti canai dan diletakkan inti letur dan cabai rawit yang
banyak.
Comments
Post a Comment