50 Akhirat 50 Dunia




By Naylii Sophea

Kalau nak dikira rezeki yang Tuhan beri pada manusia sebenarnya tak terkira nilainya. Kau boleh makan, kau boleh melihat, kau ada laptop. Itu semua rezeki di dunia. Kau ada makwe, kau ada orang sayang, kau ada kerja, kau ada duit walaupun tak banyak, pun sama dikira rezeki.

Jadi, bila ada orang cakap kat aku yang dia nak kejar 50 akhirat, 50 dunia. Aku rasa ini menjengkelkan. Aku rasa siapa-siapa yang berpegang dengan gaya kejar akhirat-dunia sama-rata iaini dengan tafsiran 50 akhirat dan 50 dunia adalah orang yang bila-bila masa boleh menjadi tamak.

Atau, orang yang riak.

Kan aku sudah cakap tadi. Rezeki dan nikmat dunia yang kau ada sekarang, termasuk kau bernyawa dan bernafas sudah cukup tak ternilai. Seharusnya keseimbangan akhirat-dunia yang patut kita bahagikan mestilah adil. 50-50 adalah sama rata. Ia seperti kau melawan Tuhan atau ingin sama level dengan Tuhan atau mahu berlagak seakan Tuhan.

Pembahagian adil berapa nilainya? Aku tetapkan atau cadangkan 90 untuk akhirat, 10 untuk dunia. Ya, 10 saja untuk dunia. Lagipun Tuhan sudah berfirman dalam Al-Quran tentang kurnia rezeki yang diberi pada manusia sangat besar nikmatnya. 10 itu nampak kecil, tapi besar nikmatnya. Segala nikmat dari kau bernyawa, kau ada duit, kereta, kerja, anak bini dan sebagainya adalah rezeki dari 10 itu. Syukurilah. Jangan tamak.

Macam juga tentang ilmu. Kau rasa kalau tengok ada orang lain ada Phd, dah belajar sampai tahap ulamak lah konon-nya maka dia dah power dan banyak ilmu semua benda dia tahu. Padahal Tuhan dah berfirman ilmu yang ada kat dunia ini nilai dia cuma setitik dari seluruh lautan. Tapi, setitik ilmu itu sendiri sudah cukup besar nikmat kurnia nya. Jadi, jangan rasa berlagak sangat kalau ada ilmu lebih sikit dari orang lain. Kongsi lah dengan sepakat. Bukan kongsi bagai cari musuh.

Kalau kau nampak ada orang lebih kaya dan lebih rezeki dari kau. Jangan kau rasa tidak adil. Paling tidak orang itu mungkin dapat 12-15 rezeki kurnia saja. Setakat beza 2-5 mata apa lah sangat. Kalau kau nak, kau boleh berusaha lebih.

Sekali lagi aku nak ingatkan. Tolong buang persepsi cari keseimbangan akhirat dan dunia 50-50. Ini tidak adil, ini tidak adil bagi-Nya.

90-10 lebih elok. Ok? Sekian, chalo asalamualaikum.

p/s: 90 akhirat itu ibadah. Apa yang aku tulis, dan kau baca juga ibadah. Ibadah itu luas cara perbuatannya



Comments

Popular Posts