Kasut Converse All Star High Cut
By Naylii Sophea
"Ah cantik jugak kasut ni. Harga pon boleh tahan."
Gadis itu mencuba kasut converse all star yang berharga RM110 yang poyo ni berwarna coklat dan bercorak hitam sedikit. Dia senyum.
"Bang, size tujuh setengah ada?"
Dia menyarungkan kasut tu pada kaki kirinya. Sebab kaki kirinya lebih panjang sedikit dari kanannya. Kalau kaki kiri muat, kaki kanan juga sahlah muat. Bukan cacat, cuma anugerah Tuhan.
"macam mana dik? jadik angkat?"
"Hurm. Saya tengok tengok dulu ya?"
Gadis itu bangun sambil senyum. Dan meletakkan kembali kasut itu di dalam kotak yang dikeluarkan oleh pekerja kedai. Harapannya nak melihat pada kedai tingkat bawah. Ada juga jual kasut converse.
Sampai sahaja di kedai tingkat bawah. Tiada kasut yang benar benar dia berkenan. Yang ada pun menarik perhatian dia ada satu kasut ni. Tapi harganya mau terpaksa ikat perut tiga minggu memandangkan dia hanya seorang pelajar yang tak ambil pinjaman wang rakyat.
"bro jadi. Angkat kasut tadi. Size tujuh ye?"
"Oh dik. Sorry lah. Baru je ada sorang tu angkat. Yang tinggal saiz enam je."
"Oh yeke. Hurm. Cuba size enam."
Gadis tu cuba menyarungkan kasut tu ke kaki kirinya. Ketat. Boleh kematu juga kalau pakai tiap tiap hari. Mukanya berubah. Apa dia tamak atau bukan jodohnya dengan kasut tu? Sambil mengeluh gadis itu berbisik kepada dirinya sendiri.
"Alangkah indah kalau kaki ni boleh mengecil"
Comments
Post a Comment