Selayang Baru kawasan Lockdown ke-7

oleh Nur Farah Hazwani Rodzi




 Sumber: Asal Gombak


GOMBAK: Setelah sebulan lebih berlalu Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dilaksanakan, Selayang Baru, Gombak menjadi kawasan ke-7 Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Menurut Dato' Seri Ismail Sabri di siaran media, kerajaan memutuskan kawasan itu ditutup bagi membendung jangkitan penularan Covid-19.

Ini kerana, di sekitar kawasan Pasar Harian Kuala Lumpur dan Pasar Borong Kuala Lumpur mempunyai kebarangkalian yang tinggi jangkitan virus itu.

PKPD ini dilaksanakan bermula dari 25 April sehingga 3 Mei 2020.

Setakat ini, enam zon telah pun dikenal pasti seperti beberapa kawasan di Selayang Baru, Selayang Indah dan Selayang Makmur.




Comments

Post a Comment

Popular Posts