PKP DILANJUTKAN

oleh Nur Farah Hazwani Rodzi

Sumber: Free Malaysia Today


SELANGOR: Apakan daya, kita sebagai rakyat harus tetap patuh dengan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Susulan perutusan khas oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan bermula 15 April sehingga 28 April 2020 ini.

Beliau memberitahu bahawa keputusan tersebut dibuat kerana ingin memberi ruang kepada petugas-petugas kesihatan untuk memerangi wabak ini.

Sehubungan dengan itu, beliau turut menyatakan rasa bangga dan berterima kasih atas kejayaan barisan hadapan yang bertungkus lumus memerangi Covid-19, dengan keseluruhan 1830 kes yang telah sembuh.

Walaubagaimanapun, Muhyiddin berkata penularan wabak ini masih diperingkat pertengahan dan banyak lagi usaha-usaha yang perlu diperhebatkan untuk memutuskan rantaian jangkitan.




Dalam pada itu, beliau sempat memuji bahawa rakyat Malaysia adalah rakyat yang hebat dalam sama-sama membantu mencegah wabak pandemik ini.

Muhyiddin turut menasihatkan sekali lagi agar kita sentiasa mengamalkan “social distancing” dan kerap membasuh tangan untuk meggelak dijangkiti wabak tersebut.

Hasil daripada catatan harini, 70 kematian telah pun direkodkan berkenaan penularan virus ini.

Comments

Popular Posts