Luckin Kopi, Jalan Panggong
Lepas PKP ni korang semua nak pergi mana? Tak ada idea lagi?
So harini saya nak suggest dekat
korang semua satu restoran yang best
dekat tengah bandaraya Kuala Lumpur. Bagi korang yang tak suka bersesak dekat jalan
raya, tempat ni sesuai untuk korang pergi naik public transport (MRT/LRT).
Sebenarnya on my personal opinion
naik public transport lagi best sebab kita boleh tengok environment yang kita tak nampak atas
jalan raya.
Korang mesti excited
nak tahu restoran apa yang saya akan introdcuce
dekat korang kan?
Lokasinya berdekatan dengan Pasar Seni/Central Market yang mengambil
masa sebanyak 15 minit dengan berjalan kaki dari stesen LRT Pasar Seni. Kalau anda
berhenti di stesen MRT Pasar seni pula, restoran ini terletak kurang 500 m
daripada stesen tersebut.
Dekat kan? Percaya lah senang je nak cari tempat ni.
Restoran 2 tingkat yang diberi nama Luckin Kopi adalah
restoran yang mengetengahkan konsep moden kopitiam dan terletak di dalam
bangunan yang berusia lebih daripada 150 tahun.
Sumber: FOOD Malaysia
Sebaik sahaja anda melangkah masuk ke dalam restoran ini.
Suasana tenang dan rilex diberikan
kepada pengunjung yang ingin menikmati makanan disini, meskipun restoran ini
selalu ramai orang datang berkunjung.
Sumber: Malaysian
FLAVOURS
Selepas anda mengambil tempat duduk, pelayan akan memberi
menu kepada anda. Para pelayan disini semuanya ramah dan tidak lekok dengan
senyuman.
Restoran yang dimiliki oleh seorang rakyat Malaysia yang
berbangsa Cina ini turut menawarkan masakan Malaysia dengan menggunakan
bahan-bahan segar yang pasti menggembirakan semua deria rasa dalam diri anda.
Antara menu BEST SELLER
dekat sini adalah seperti Nasi Lemak Fucky, 3 States Coffee, Breakfast Platters
dan banyak lagi.
![]() |
Sumber: Lina's Backyard |
Sumber: Twitter @alyaloveslemon
Tidak hairan la
restoran ini sibuk dan penuh dengan pelanggan kerana makanan yang ada dekat
sini semua sedap-sedap! Kalau korang semua pergi try makan dekat sini, mesti korang rasa nak order semua yang ada
dalam menu.
Restoran ini
kebiasaannya menjadi tempat tumpuan orang ramai khususnya pekerja awam dan juga
para remaja.
Pengalaman saya
sendiri berada di restoran ini sangat seronok kerana dalam kesibukkan kita
berada di tengah bandaraya, rupanya ada restoran yang menyediakan makanan
tempatan yang enak, chill dan rilex. Saya dah 2 kali makan dekat sini,
maksudnya memang sedap! sedap dan sedap!
RATING : 10/10
Kali pertama saya
pergi dengan Farhira Farudin, sebab dia yang introduce Luckin Kopi
dekat saya dan kali ke-2 saya bawak adik saya makan dekat sini. Adik saya
adalah Nasi Lemak lover, so saya
suruh dia order Nasi Lemak Funcky then reaction dia “lepas ni tak nak makan nasi lemak kedai lain dah” hihihii. Balik
rumah dia siap suruh ibu saya buat nasi lemak sama macam restoran ni.
MY KIND OF OOTD @ LUNCKIN KOPI
ME & FARHIRA KIND OF MENU
*asam laksa dia perghh sedap teruk!
*asam laksa dia perghh sedap teruk!
SECOND TIME @ LUCKIN KOPI WITH MY LITTLE SISTER YANG KUAT MAKAN
YUP! Itu sahaja I want to share dekat korang. Please please and please guys, korang
kene try makan dekat sini, services
dia best and harga makanan dekat sini pun affordable.
Oh tak lupa juga
kepada Instagrammers dekat luar sana, restoran ini adalah lokasi wajib untuk anda
ber-OOTD atau selfie kerana background restoran ini sangat sesuai
untuk mendapat banyak LIKE dekat gambar
anda. Hihih
If you guys ada tempat makan yang menarik & best area Kuala Lumpur, please
drop your comments below. Thank you and Happy Ramadhan Kareem! <3
Confirm, lepas PKP habis nak lepak sini!!!
ReplyDeletepergi tau, pstu bgi thu best ke tk, okey? hihihih
Delete