KKM MOHON SUMBANGAN PPE





Sumber: gulapop





oleh Nur Farah Hazwani Rodzi


KUALA LUMPUR: Pada masa ini, kebanyakkan rakyat Malaysia ada yang sudah lali untuk terus berada di dalam rumah sepanjang tempoh PKP.

Namun sedar atau tidak sedar kita sudah pun masuk ke fasa ketiga perintah kawalan tersebut.

Malangnya, hari semakin hari kes baru terus meningkat sebanyak 170 kes dan 83 kematian dicatatkan pada hari ini.

Meskipun begitu, para petugas kesihatan masih lagi berhempas pulas setiap hari untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak di negara ini.

Justeru, bekalan peralatan perlindungan diri (PPE) juga semakin berkurangan.

Dr Noor Hisham berkata, penggunaan PPE meningkat sebanyak dua hingga 10 kali ganda berbanding keadaan normal.




Pihak KKM masih memerlukan bantuan tersebut daripada orang ramai untuk kegunaan petugas barisan hadapan.

Bekalan ini sangat penting untuk kegunaan seluruh petugas kesihatan untuk merawat pesakit Covid-19.  

Jika dilihat pada fasa sebelum ini, Dr.Noor Hisham turut menghargai sumbangan PPE daripada pereka fesyen terkenal negara seperti Datuk Radzuan Radziwil, Salikin Sidek, Jovian Mandagie, Alia Bastamam, Melinda Looi dan ramai lagi.


Sumber: Twitter






Comments

Popular Posts