KUALA LUMPUR: Dalam siaran langsung laporan oleh Menteri
Keselamatan negara, Dato’ Seri Ismail Sabri bin Yaakob sebentar tadi mengenai
kadar peratusan rakyat yang masih ingkar arahan PKP semakin meningkat.
Menurut beliau, jumlah yang ingkar PKP pada isnin lalu
mencatatkan seramai 9,090 orang.
Sebanyak 30 peratus rakyat yang masih belum mematuhi sepenuhnya
arahan PKP yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Oleh itu Ismail berkata, lima buah pusat akademik penjara
telah pun diwarkan kepada pihak PDRM untuk dijadikan pusat tahanan atau penjara
bagi pesalah yang ingkar PKP.
Ini kerana sebelum ini terdapat isu yang timbul apabila
pesalah-pesalah yang ingkar PKP semakin bertambah di dalam penjara yang sedia
ada.
Malangnya, menurut laporan semalam terdapat penambahan
jumlah kenderaan di beberapa buah lokasi yang mengusarkan pihak kerajaan dalam
usaha membasmi wabak Covid-19 ini.
Comments
Post a Comment